1 00:00:06,040 --> 00:00:08,920 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:25,160 --> 00:00:27,440 Kami pandai berasmara. 3 00:00:31,000 --> 00:00:34,480 Tapi "kami" baru dapat anak enam minggu yang lalu. 4 00:00:46,160 --> 00:00:48,120 Bila dia nak berhenti menangis? 5 00:00:48,680 --> 00:00:50,520 Mana ibu susu? 6 00:00:50,600 --> 00:00:52,520 Awak dah buat nafsu saya hilang. 7 00:01:16,440 --> 00:01:18,520 Saya akan dukung dia. Terima kasih. 8 00:01:23,360 --> 00:01:24,360 Elizabeth. 9 00:01:25,200 --> 00:01:27,080 Jangan pedulikan ayah kamu. 10 00:01:28,000 --> 00:01:31,720 Anne tahu anak perempuan tak mencukupi untuk Henry. 11 00:01:31,800 --> 00:01:33,880 Bukan itu janjinya kepada Henry. 12 00:01:33,960 --> 00:01:35,800 Bukan itu yang dia perlukan. 13 00:01:35,880 --> 00:01:38,720 Dia perlukan anak lelaki dan seorang waris. 14 00:01:38,800 --> 00:01:41,280 England sedang bergolak. 15 00:01:41,360 --> 00:01:45,040 Ia berada di ambang revolusi agama. 16 00:01:45,120 --> 00:01:49,200 Henry VIII menolak kuasa paus 17 00:01:49,280 --> 00:01:54,360 dan dia tekad untuk mencipta Gereja England yang baru, bebas 18 00:01:54,440 --> 00:01:57,480 dan diketuai olehnya. 19 00:01:57,560 --> 00:02:00,840 Henry tahu satu-satunya cara untuk mendapat sokongan 20 00:02:00,920 --> 00:02:04,560 adalah dengan mendapatkan anak lelaki. 21 00:02:06,640 --> 00:02:09,600 Memanglah pada mulanya, Henry kecewa. 22 00:02:10,880 --> 00:02:12,800 Dia rasa tertekan dan mahu anak lelaki 23 00:02:12,880 --> 00:02:15,720 kerana dia tak mahu kehilangan semuanya. 24 00:02:17,320 --> 00:02:20,360 Ayahandanya ada rancangan gah untuk keturunan Tudor, 25 00:02:20,440 --> 00:02:23,200 dan saya dah janjikan anak lelaki. 26 00:02:24,200 --> 00:02:26,200 Keluarga Boleyn tak mungkir janji. 27 00:02:28,960 --> 00:02:30,800 Awak tak bosan makan epal? 28 00:02:32,400 --> 00:02:36,040 Lady W kata dia asyik makan cacing semasa hamil, 29 00:02:36,120 --> 00:02:38,080 jadi saya rasa sangat bersyukur. 30 00:02:38,160 --> 00:02:39,160 Betul juga. 31 00:02:40,760 --> 00:02:43,760 Cepatnya awak hamil semula selepas Elizabeth lahir. 32 00:02:44,360 --> 00:02:46,280 Tapi kita memang bekerja keras. 33 00:02:48,000 --> 00:02:50,680 Mujurlah kali ini saya tak mual seteruk dulu. 34 00:02:50,760 --> 00:02:52,480 Orang kata itu ciri-ciri anak lelaki. 35 00:02:53,240 --> 00:02:56,800 Ahli nujum saya yakin kali ini dia anak lelaki. 36 00:02:58,400 --> 00:03:01,840 Pada zaman sekarang, kita cuma harap anak kita sihat. 37 00:03:01,920 --> 00:03:04,640 Tapi Anne harap anaknya ada zakar. 38 00:03:04,720 --> 00:03:08,800 Anak perempuan tak membantu. Katherine dari Aragon ada anak perempuan. 39 00:03:08,880 --> 00:03:09,800 Henry ceraikan dia. 40 00:03:09,880 --> 00:03:14,920 Anne perlukan anak lelaki untuk mengekalkan kedudukannya. 41 00:03:15,000 --> 00:03:17,800 Sekarang, kita cuma perlukan… 42 00:03:20,800 --> 00:03:23,720 Ya Tuhan, cantiknya! 43 00:03:23,800 --> 00:03:25,160 Sama seperti ayahnya. 44 00:03:30,080 --> 00:03:31,120 Pourquoi? 45 00:03:31,760 --> 00:03:34,880 Kerana setiap keluarga yang sempurna ada anjing. 46 00:03:34,960 --> 00:03:37,080 Anjing Anne bernama Purkoy. 47 00:03:37,160 --> 00:03:40,680 Nama itu berasal daripada perkataan Perancis, "pourquoi", 48 00:03:40,760 --> 00:03:41,840 yang bermakna "kenapa". 49 00:03:41,920 --> 00:03:44,680 Nama itu menggambarkan kebingungan. 50 00:03:44,760 --> 00:03:46,600 Itulah ilham untuk nama Purkoy. 51 00:03:47,120 --> 00:03:49,960 ENAM BULAN KEMUDIAN 52 00:03:50,200 --> 00:03:51,280 Purkoy. 53 00:03:51,800 --> 00:03:54,240 Duduk. 54 00:03:54,880 --> 00:03:57,160 Sudahlah. Kakak yang perlu duduk. 55 00:04:00,120 --> 00:04:01,560 Penatnya. 56 00:04:01,640 --> 00:04:03,520 Kaki kakak dah sakit. 57 00:04:06,240 --> 00:04:07,600 Purkoy, pergi tangkap! 58 00:04:07,680 --> 00:04:09,600 Jangan baling kasut pertabalan kakak. 59 00:04:12,800 --> 00:04:15,200 Kakak rasa macam boleh memerintah dunia. 60 00:04:20,400 --> 00:04:22,000 Kakak dah tak tahan. 61 00:04:23,120 --> 00:04:24,040 Jangan salah faham. 62 00:04:24,120 --> 00:04:27,680 Memanglah kakak perlu mendapatkan anak lelaki untuk Henry, 63 00:04:27,760 --> 00:04:30,520 tapi banyak lagi yang kakak nak buat, 64 00:04:30,600 --> 00:04:33,480 selain buat anak. 65 00:04:37,040 --> 00:04:38,680 Kakak akan mengubah dunia. 66 00:04:42,600 --> 00:04:43,680 Tunggu sajalah. 67 00:04:46,520 --> 00:04:51,280 Menurut tradisi, tugas ratu adalah untuk mendapatkan waris, 68 00:04:51,800 --> 00:04:56,880 tapi Anne ada impian dan cita-cita yang berasaskan pendiriannya. 69 00:04:56,960 --> 00:04:59,520 Dia mahu menambah baik negaranya. 70 00:04:59,600 --> 00:05:03,480 Sebagai ratu, Anne mahu membuat perubahan. 71 00:05:03,560 --> 00:05:05,240 Dia nak bantu orang. 72 00:05:05,320 --> 00:05:09,200 Dia memperkenalkan konsep kebajikan dalam pemerintahan monarki. 73 00:05:09,280 --> 00:05:12,960 Dia mahu tolong golongan miskin, tingkatkan kualiti pendidikan, 74 00:05:13,040 --> 00:05:15,520 dan sudah tentu, dia mahu reformasi agama. 75 00:05:18,320 --> 00:05:20,200 Penganut Katolik yang warak pun 76 00:05:20,280 --> 00:05:23,760 mengaku bahawa penyelewengan di biara sudah tidak terkawal. 77 00:05:24,680 --> 00:05:27,080 Semua tanah terbaik memang milik mereka. 78 00:05:27,960 --> 00:05:30,480 Ia sepatutnya milik kerajaan. 79 00:05:30,560 --> 00:05:35,160 Cromwell turut bersetuju dengan pembaharuan itu 80 00:05:35,240 --> 00:05:38,920 dan dia sedar bahawa harta yang melimpah-ruah 81 00:05:39,000 --> 00:05:43,960 disimpan di biara-biara serata England. 82 00:05:44,040 --> 00:05:48,640 Dia juga nampak peluang untuk memindahkan kekayaan itu 83 00:05:48,720 --> 00:05:51,040 ke dalam tangan raja. 84 00:05:51,120 --> 00:05:53,280 Kita boleh memanfaatkan wang itu. 85 00:05:53,360 --> 00:05:56,800 Rakyat kita perlukan pendidikan, bantuan apabila sakit 86 00:05:56,880 --> 00:05:58,880 dan tempat tinggal. 87 00:05:59,480 --> 00:06:01,880 - Ratu kesayangan rakyat. - Saya serius. 88 00:06:01,960 --> 00:06:05,600 Wang yang biara simpan langsung tak masuk akal. 89 00:06:05,680 --> 00:06:09,320 Mereka sepatutnya bantu orang miskin, bukan tambah harta. 90 00:06:10,320 --> 00:06:11,880 Keadaan perlu berubah. 91 00:06:12,400 --> 00:06:16,280 Anne tak seperti ratu lain. Dia mahu anak lelaki dan waris raja, 92 00:06:16,360 --> 00:06:18,520 dan juga jadi bonda negara. 93 00:06:18,600 --> 00:06:21,680 Dia mahu harta England dirampas daripada biara 94 00:06:21,760 --> 00:06:23,680 dan diberi kepada mereka yang memerlukan. 95 00:06:23,760 --> 00:06:25,440 Pihak gereja akan menentang. 96 00:06:25,520 --> 00:06:28,880 Ya, tapi siapa yang berkuasa sekarang? 97 00:06:29,800 --> 00:06:30,720 Awak. 98 00:06:34,040 --> 00:06:38,640 Kita perlu fikir dengan terperinci dan buat strategi yang betul. 99 00:06:39,160 --> 00:06:40,320 - Anne? - Beritahu… 100 00:06:41,600 --> 00:06:42,600 Ya Tuhan, Anne. 101 00:06:44,000 --> 00:06:44,840 Anne. 102 00:06:45,400 --> 00:06:46,400 Anak nak keluar! 103 00:06:57,360 --> 00:06:58,520 Mustahil… 104 00:07:01,840 --> 00:07:04,960 untuk saya terangkan kesedihan akibat kehilangan anak. 105 00:07:07,080 --> 00:07:09,320 Kita jaga anak itu dalam rahim, 106 00:07:10,800 --> 00:07:12,040 Ia sebahagian daripada kita 107 00:07:17,720 --> 00:07:19,840 dan apabila anak itu mati, 108 00:07:24,360 --> 00:07:26,200 sebahagian diri kita juga mati. 109 00:07:33,320 --> 00:07:35,240 Henry yakin dia anak lelaki. 110 00:07:39,800 --> 00:07:41,960 Dia tak sanggup pandang muka saya. 111 00:07:43,040 --> 00:07:44,280 Ia amat mengecewakan. 112 00:07:47,640 --> 00:07:50,280 Tambahan pula, khabar angin mula tersebar. 113 00:07:51,120 --> 00:07:54,080 Kerana orang istana memang ada satu sifat buruk, 114 00:07:55,680 --> 00:07:58,480 iaitu mengumpat tentang nasib malang orang lain. 115 00:08:01,000 --> 00:08:03,960 Saya tak keguguran kerana bayi itu cacat. 116 00:08:04,640 --> 00:08:06,480 Dari mana mereka dapat cerita ini? 117 00:08:06,560 --> 00:08:08,000 Puncanya akan buat awak ketawa. 118 00:08:08,480 --> 00:08:10,160 Mereka kata awak ahli sihir. 119 00:08:10,240 --> 00:08:11,360 Itu gosip baru. 120 00:08:13,520 --> 00:08:14,520 Apa khabar Henry? 121 00:08:15,240 --> 00:08:18,840 Dia agak dingin. Saya rasa dia sukar menerimanya. 122 00:08:19,600 --> 00:08:22,000 Mestilah, bagi kamu berdua. 123 00:08:23,400 --> 00:08:24,880 Saya rasa nak menyorok. 124 00:08:25,920 --> 00:08:27,520 Ratu tak boleh buat begitu. 125 00:08:27,600 --> 00:08:31,960 Kami perlu senyum dan tunjukkan muka kami. 126 00:08:32,040 --> 00:08:33,880 Kalau ratu tak senyum, 127 00:08:33,960 --> 00:08:36,880 nanti orang kata 128 00:08:36,960 --> 00:08:39,920 yang Henry dah bosan dengannya 129 00:08:40,000 --> 00:08:42,640 dan akan cari orang lain pula. 130 00:08:42,720 --> 00:08:47,960 Ia tekanan berat bagi wanita yang sudah rasa tertekan 131 00:08:48,040 --> 00:08:50,240 untuk sentiasa memberikan hasil. 132 00:09:25,960 --> 00:09:26,960 Anne. 133 00:09:27,600 --> 00:09:30,480 Baguslah kamu dah bersosial semula. 134 00:09:33,080 --> 00:09:35,840 Duke dari Norfolk yang malangnya, pak cik saya. 135 00:09:36,520 --> 00:09:39,400 Dia kurung isterinya dalam almari dan jual barang kemasnya. 136 00:10:02,760 --> 00:10:03,680 Kakak Mary. 137 00:10:04,560 --> 00:10:05,400 Anne. 138 00:10:13,800 --> 00:10:14,640 Anne. 139 00:10:17,560 --> 00:10:18,400 Anne. 140 00:10:20,800 --> 00:10:22,160 Tunggulah dulu. 141 00:10:22,240 --> 00:10:25,520 Sampai hati kakak tiba-tiba muncul begini? 142 00:10:25,600 --> 00:10:27,360 Maafkan kakak. 143 00:10:27,440 --> 00:10:28,800 Saya Ratu England 144 00:10:28,880 --> 00:10:33,200 dan kakak kahwini askar pangkat rendah dan dah hamil. 145 00:10:33,280 --> 00:10:35,880 Kakak bersimpati atas kematian anak kamu. 146 00:10:36,440 --> 00:10:39,880 Kakak sedarkah apa orang akan kata tentang saya sekarang? 147 00:10:39,960 --> 00:10:41,480 Susahkah nak gembira demi kakak? 148 00:10:41,560 --> 00:10:43,160 Kakak cemburukan saya dan Henry. 149 00:10:43,240 --> 00:10:46,760 Kakak tak peduli, Anne. Kakak tak pernah cintakan dia. 150 00:10:47,360 --> 00:10:49,000 Dia tak mahukan kakak. 151 00:10:50,200 --> 00:10:52,440 Kelak, kamu akan senasib dengan kakak. 152 00:10:55,480 --> 00:10:56,480 Keluar. 153 00:10:57,920 --> 00:10:59,840 Keluar dan jangan kembali. 154 00:11:21,800 --> 00:11:23,200 Kata yang awak mahukan saya. 155 00:11:33,960 --> 00:11:34,800 Kenapa? 156 00:11:42,120 --> 00:11:43,080 Henry. 157 00:11:43,160 --> 00:11:46,440 Purkoy tak guna. Dia selalu perhatikan saya. 158 00:11:47,880 --> 00:11:50,120 Ia perhatikan setiap gerak-geri saya. 159 00:11:51,160 --> 00:11:53,280 - Apa maksud awak? - Saya nak anak lelaki! 160 00:11:54,480 --> 00:11:55,520 Anak lelaki! 161 00:11:57,000 --> 00:11:58,120 Bukan anjing. 162 00:12:06,160 --> 00:12:07,480 Saya mahu anak lelaki. 163 00:12:10,440 --> 00:12:11,400 Henry. 164 00:12:15,960 --> 00:12:20,000 Hubungan Anne dan Henry hanya berteraskan janji itu. 165 00:12:20,080 --> 00:12:22,000 Janji yang Anne akan mendapatkan 166 00:12:22,080 --> 00:12:24,200 anak lelaki yang Henry idamkan. 167 00:12:24,280 --> 00:12:25,680 Anne mengecewakannya. 168 00:12:25,760 --> 00:12:29,000 Beratnya beban janji yang dia buat 169 00:12:29,080 --> 00:12:31,360 dengan bukan saja Henry, tapi juga seluruh negara. 170 00:12:31,440 --> 00:12:34,560 Pihak istana memang menunggu Anne tersilap langkah 171 00:12:34,640 --> 00:12:36,960 dan kini, dia beri mereka peluang itu. 172 00:12:46,960 --> 00:12:49,120 Weston, isteri kamu rasa lawak kamu kelakar? 173 00:12:49,920 --> 00:12:52,840 Dia saja wanita yang patik mahu bahagiakan. 174 00:12:53,520 --> 00:12:54,360 Weston. 175 00:12:55,960 --> 00:12:59,400 Francis Weston antara orang terapat dengan Henry 176 00:12:59,480 --> 00:13:02,200 dan dia dianugerahi pangkat semasa majlis pertabalan Anne. 177 00:13:02,280 --> 00:13:05,360 Anne rapat dengan Weston. 178 00:13:14,280 --> 00:13:16,040 Semua orang di istana tahu 179 00:13:16,120 --> 00:13:19,880 Anne dan adik iparnya saling membenci. 180 00:13:20,480 --> 00:13:24,160 Jane tak suka Anne kerana Anne semakin angkuh. 181 00:13:24,240 --> 00:13:25,720 Dia tak suka kedudukan Anne. 182 00:13:28,880 --> 00:13:29,720 Anne. 183 00:13:30,760 --> 00:13:32,360 Purkoy dah mati. 184 00:13:33,080 --> 00:13:33,960 Apa? 185 00:13:34,480 --> 00:13:37,440 Dia jatuh dari tingkap. Takziah. 186 00:13:39,320 --> 00:13:40,200 Ja… 187 00:13:42,720 --> 00:13:44,960 Keluar. Semua orang keluar! 188 00:13:51,480 --> 00:13:54,200 Jatuh dari tingkap? 189 00:13:56,400 --> 00:13:58,880 Henry, tak mungkin ia kemalangan. 190 00:13:58,960 --> 00:14:01,480 Ada orang sengaja bunuh Purkoy. 191 00:14:01,560 --> 00:14:04,560 Henry yang beritahu dia anjing itu mati. 192 00:14:04,640 --> 00:14:07,800 Anjing itu sangat rapatnya dengannya 193 00:14:07,880 --> 00:14:10,680 dan menggembirakannya, tapi tiba-tiba, ia mati. 194 00:14:10,760 --> 00:14:12,440 Betulkah ia satu kemalangan? 195 00:14:13,200 --> 00:14:14,440 Bagaimana ia berlaku? 196 00:14:18,000 --> 00:14:18,960 Saya bersimpati. 197 00:14:35,880 --> 00:14:39,320 Saya rasa Anne mula rasa lemah 198 00:14:40,320 --> 00:14:42,160 dan terasing pada masa itu. 199 00:14:42,240 --> 00:14:45,600 Dia rasa seolah-olah semua usahanya 200 00:14:45,680 --> 00:14:48,600 mula terlepas daripada genggamannya. 201 00:14:48,680 --> 00:14:50,640 Ada orang di istana 202 00:14:50,720 --> 00:14:53,800 yang hanya menunggu Anne lemah. 203 00:14:53,880 --> 00:14:57,480 Jika Anne gagal dapat anak lelaki yang akan mengukuhkan kedudukannya, 204 00:14:57,560 --> 00:14:59,840 maka mereka boleh masuk campur 205 00:15:00,680 --> 00:15:04,320 dan buat Henry membencinya. 206 00:15:24,480 --> 00:15:27,320 Dang perwara saya yang baik hati, Jane Seymour. 207 00:15:28,160 --> 00:15:30,840 Sangat sopan dan suci. 208 00:15:40,920 --> 00:15:42,560 England dilanda krisis. 209 00:15:43,720 --> 00:15:47,560 Pengkhianat makin ramai dalam kalangan kita setiap hari. 210 00:15:47,640 --> 00:15:51,920 Reformasi agama yang Henry buat memecahbelahkan negara itu kepada dua 211 00:15:52,000 --> 00:15:55,240 dan ramai yang menentang hakikat 212 00:15:55,320 --> 00:15:59,560 bahawa raja, dan bukan paus, yang kini menjadi ketua gereja. 213 00:16:00,360 --> 00:16:03,160 Ia merebak dalam kalangan orang kita 214 00:16:03,680 --> 00:16:05,160 dan seperti wabak, 215 00:16:06,240 --> 00:16:07,960 kematian pasti berlaku. 216 00:16:08,040 --> 00:16:10,040 Dia pandai menghibur. 217 00:16:13,400 --> 00:16:14,360 Terima kasih. 218 00:16:15,200 --> 00:16:16,040 Sekian. 219 00:16:17,200 --> 00:16:21,080 Akta Khianat 1534 merupakan perubahan penting 220 00:16:21,160 --> 00:16:22,320 dalam pemerintahan Henry. 221 00:16:22,400 --> 00:16:25,080 Dia paksa rakyatnya supaya tunduk kepadanya, 222 00:16:25,160 --> 00:16:29,360 dan menjatuhkan hukuman bunuh jika mereka menentangnya. 223 00:16:36,600 --> 00:16:37,640 Apa masalah awak? 224 00:16:38,800 --> 00:16:42,920 Ini parti, tapi awak cakap tentang mati dan wabak. Apa masalah awak? 225 00:16:43,000 --> 00:16:44,600 Ya, betul. Ini parti. 226 00:16:44,680 --> 00:16:46,840 Jadi, kita perlulah hiburkan tetamu. 227 00:16:46,920 --> 00:16:49,120 Awak dah hiburkan mereka dengan baik. 228 00:16:49,200 --> 00:16:51,640 Dang Perwara saya pandai mendengar? 229 00:16:52,480 --> 00:16:53,600 Henry, tunggu. 230 00:16:55,480 --> 00:16:56,840 Mari pergi dari sini. 231 00:16:57,480 --> 00:16:59,760 Mari pergi bercuti, hanya kita berdua. 232 00:17:02,960 --> 00:17:04,440 Awak cakap merepek, Anne. 233 00:17:15,480 --> 00:17:19,360 Kita dapat rasa bahawa lelaki seperti Thomas Cromwell mula faham 234 00:17:19,440 --> 00:17:22,720 bahawa Anne kini menjadi pelaburan yang amat mahal. 235 00:17:22,800 --> 00:17:25,440 Tapi setakat ini, pulangannya sangat sikit. 236 00:17:29,120 --> 00:17:31,680 Ada sebab Henry jatuh cinta kepada saya. 237 00:17:32,480 --> 00:17:35,640 Sebab dia ubah semuanya, 238 00:17:35,720 --> 00:17:38,720 mempertaruhkan segalanya, demi saya. 239 00:17:38,800 --> 00:17:42,280 Pada hari itu, saya ingat kedahagaannya. 240 00:17:42,880 --> 00:17:48,120 Sayalah gadis yang keluar mencari pasangan dan bawa pulang seorang raja. 241 00:17:50,960 --> 00:17:53,120 Bangsawan memberontak di Ireland, 242 00:17:53,880 --> 00:17:58,240 ancaman serangan oleh Sepanyol dan Perancis 243 00:17:58,960 --> 00:18:02,000 dan Katolik Eropah tak anggap tuanku sebahagian daripada mereka. 244 00:18:02,080 --> 00:18:05,280 Ya. Selain pemberontakan yang tak terkira, 245 00:18:05,360 --> 00:18:08,640 masalah tanaman, kebuluran dan wabak, 246 00:18:08,720 --> 00:18:10,440 dan mungkin juga perang dengan Eropah. 247 00:18:12,200 --> 00:18:13,520 Apa hidangan hari ini? 248 00:18:17,800 --> 00:18:18,840 Cuma ada masalah. 249 00:18:20,880 --> 00:18:22,200 Kita sambung kemudian. 250 00:18:23,840 --> 00:18:26,480 Cromwell mahu jadi orang kanan Henry. 251 00:18:26,560 --> 00:18:28,280 Dia nak jadi ketua penasihat. 252 00:18:28,360 --> 00:18:32,440 Tapi Anne mahu jadi orang kanan Henry dan ketua penasihatnya. 253 00:18:32,520 --> 00:18:34,600 Ketua penasihat tak boleh ada dua. 254 00:18:34,680 --> 00:18:36,800 Istana itu tak cukup besar untuk kedua-duanya. 255 00:18:37,720 --> 00:18:39,160 Mari kita pergi memburu. 256 00:18:39,920 --> 00:18:41,200 Macam dulu. 257 00:18:41,280 --> 00:18:43,960 Saya ada banyak masakah sekarang, Anne. 258 00:18:45,000 --> 00:18:50,960 Saya pula teringat segala yang kita selalu buat dulu. 259 00:18:58,520 --> 00:18:59,360 Anne. 260 00:19:04,240 --> 00:19:07,040 Sekarang, wang biara 261 00:19:07,760 --> 00:19:11,760 dapat menyelesaikan masalah tanaman dan kebuluran. 262 00:19:14,160 --> 00:19:15,160 Berkenaan Eropah pula, 263 00:19:18,360 --> 00:19:20,880 kita boleh buat perjanjian untuk berdamai. 264 00:19:21,800 --> 00:19:22,640 Ia tak mustahil. 265 00:19:40,280 --> 00:19:44,400 1536 ialah tahun krisis buat Henry. 266 00:19:44,480 --> 00:19:46,400 Ada pemberontakan terhadapnya. 267 00:19:46,480 --> 00:19:49,880 Ada masalah tanaman dan ekonomi. 268 00:19:49,960 --> 00:19:53,840 Itulah zaman paling bergolak sepanjang pemerintahannya. 269 00:19:55,920 --> 00:19:59,960 Isteri pertama Henry, Katherine dari Aragon sudah mangkat. 270 00:20:00,040 --> 00:20:04,000 Dia diingati di seluruh istana dan negara. 271 00:20:06,640 --> 00:20:11,480 Kehadiran Anne yang berbaju kuning menjadi buah mulut. 272 00:20:11,560 --> 00:20:13,440 Anne memang begitu, 273 00:20:13,520 --> 00:20:18,440 berani dan tak pedulikan pendapat orang lain. 274 00:20:18,520 --> 00:20:21,000 Takziah atas kemangkatannya. 275 00:20:21,600 --> 00:20:22,960 Ada orang berpendapat 276 00:20:23,040 --> 00:20:26,800 bahawa kuning ialah warna berkabung di Sepanyol 277 00:20:26,880 --> 00:20:30,800 dan ini cara Anne menghormati Katherine. 278 00:20:31,680 --> 00:20:34,400 Ini saat untuk meraikan dia. 279 00:20:34,480 --> 00:20:38,160 Kita berkumpul untuk meratapi pemergian Balu Puteri Wales, 280 00:20:38,240 --> 00:20:39,560 Katherine dari Aragon. 281 00:20:40,280 --> 00:20:43,440 Upacara pengebumiannya sedang diatur di Katedral Peterborough, 282 00:20:44,080 --> 00:20:46,760 tapi mari kita sama-sama mendoakannya. 283 00:20:52,720 --> 00:20:54,080 Boleh bawakan kerusi? 284 00:20:55,080 --> 00:20:56,400 Beta hamil. 285 00:21:02,920 --> 00:21:06,440 Musuh terhebat Anne sudah tiada dan dia hamil. 286 00:21:06,520 --> 00:21:08,360 Ini senario terbaik 287 00:21:08,440 --> 00:21:10,800 kerana ia bermakna anak itu 288 00:21:10,880 --> 00:21:14,800 akan diperakui sebagai waris sah 289 00:21:14,880 --> 00:21:18,200 kerana Katherine takkan lagi menjadi penghalang. 290 00:21:18,280 --> 00:21:20,040 Kita boleh maafkan Anne 291 00:21:20,120 --> 00:21:25,480 kerana rasa berjaya dan meraikan saat itu. 292 00:21:40,880 --> 00:21:42,560 Tolong! 293 00:21:53,040 --> 00:21:55,440 Mungkin awak tak tiup betul-betul. 294 00:21:55,520 --> 00:21:57,840 Saya pun mudah lupa waktu hamil. 295 00:21:57,920 --> 00:22:00,360 Saya tahu cara tiup lilin. 296 00:22:01,040 --> 00:22:04,040 Kebakaran itu disengajakan. Ada orang nak saya mati. 297 00:22:04,880 --> 00:22:06,080 Kenapa awak fikir begitu? 298 00:22:06,760 --> 00:22:08,040 Pertama, surat benci itu. 299 00:22:08,120 --> 00:22:10,680 Kemudian, anjing saya dihumban dari tingkap. 300 00:22:10,760 --> 00:22:11,880 Sekarang, ini pula. 301 00:22:12,400 --> 00:22:15,080 Orang kata benda begini datang tiga serangkai. 302 00:22:15,160 --> 00:22:16,720 Nasib malang awak dah berakhir. 303 00:22:19,880 --> 00:22:21,280 Ada kemalangan. 304 00:22:23,480 --> 00:22:26,560 Pada 24 Januari 1536, 305 00:22:26,640 --> 00:22:30,280 Henry terjatuh dari kuda semasa berlawan tombak. 306 00:22:32,760 --> 00:22:33,600 Henry! 307 00:22:36,920 --> 00:22:38,720 Henry, tolonglah jangan mati. 308 00:22:38,800 --> 00:22:42,080 Beta dah agak ini akan berlaku dan dah suruh baginda berhati-hati. 309 00:22:42,160 --> 00:22:44,320 Kecederaan kepala boleh membunuh. 310 00:22:44,400 --> 00:22:46,320 Pak cik, katalah dia akan selamat. 311 00:22:48,000 --> 00:22:49,560 Anne takut. 312 00:22:49,640 --> 00:22:52,960 Kedudukannya bergantung pada Henry. 313 00:22:53,040 --> 00:22:57,200 Jika Henry mati, dia akan hilang semuanya 314 00:22:58,000 --> 00:23:00,960 walaupun dia Ratu England yang sah. 315 00:23:01,520 --> 00:23:04,440 Akhirnya semua orang terkejut kerana dia hidup 316 00:23:04,520 --> 00:23:08,480 dan dia tak sedarkan diri selama dua jam. 317 00:23:08,560 --> 00:23:14,200 Mungkin juga semasa dia terjatuh dari kuda pada hari itu, 318 00:23:14,280 --> 00:23:16,360 korteks serebrumnya tercedera. 319 00:23:16,440 --> 00:23:18,480 Jadi, otaknya rosak. 320 00:23:19,640 --> 00:23:21,240 Henry, awak bagaimana? 321 00:23:33,840 --> 00:23:36,760 Awak hampir mati seminggu yang lalu. 322 00:23:37,840 --> 00:23:41,160 Saya hamil dengan anak awak dan… 323 00:23:41,240 --> 00:23:44,840 Awak patut beri tumpuan pada anak lelaki yang awak kandungkan. 324 00:23:45,320 --> 00:23:48,600 - Bukan risau tentang perbuatan saya. - Awak gilakah? 325 00:23:48,680 --> 00:23:50,680 Ke mana kamu nak pergi? 326 00:23:51,880 --> 00:23:55,920 Kamu dah lupakah kamu dang perwara beta dan bukan… 327 00:24:02,760 --> 00:24:05,080 Jantan penipu! 328 00:24:24,560 --> 00:24:28,160 Anne keguguran. 329 00:24:28,240 --> 00:24:30,360 Dia kehilangan anak itu. 330 00:24:31,440 --> 00:24:35,120 Apabila mereka lihat janin itu, 331 00:24:35,200 --> 00:24:38,360 mereka dapati bahawa ia janin lelaki. 332 00:24:43,120 --> 00:24:45,800 Remuk hati saya. 333 00:24:48,120 --> 00:24:53,680 Saya bukan saja meratapi anak lelaki saya. 334 00:24:53,760 --> 00:24:56,960 Saya meratapi segalanya. 335 00:24:57,480 --> 00:24:59,960 Hidup yang saya ingat akan jadi milik kami. 336 00:25:02,200 --> 00:25:05,800 Saya tahu keadaan tak seperti yang saya harapkan. 337 00:25:07,560 --> 00:25:09,880 Tapi saya tak sangka dia akan mengalah. 338 00:25:10,400 --> 00:25:16,480 Semasa Anne terlantar dan cuba pulih daripada trauma kehilangan anaknya, 339 00:25:16,560 --> 00:25:19,840 Henry lawat dia buat seketika 340 00:25:20,920 --> 00:25:24,280 dan kata, "Nampaknya Tuhan takkan kurniakan anak lelaki kepada saya." 341 00:25:24,360 --> 00:25:29,880 Saat itu menandakan perselisihan sebenar antara mereka 342 00:25:29,960 --> 00:25:33,520 kerana kesedihan itu buat mereka ambil dua haluan berbeza. 343 00:25:34,200 --> 00:25:38,160 "Akibat kekasaran suaminya, berapa ramaikah wanita 344 00:25:38,240 --> 00:25:41,000 yang terikat pada ikatan perkahwinan 345 00:25:41,080 --> 00:25:45,520 dan lebih menderita daripada hamba bangsa Arab?" 346 00:25:46,400 --> 00:25:49,120 Kenapa kesenangan hidup wanita perlu bergantung pada lelaki? 347 00:25:49,200 --> 00:25:51,800 - Terhadnya pilihan kita. - Betul. 348 00:25:58,640 --> 00:25:59,840 Ya Tuhan. Kenapa? 349 00:26:01,160 --> 00:26:02,480 Dia buat lagi. 350 00:26:03,320 --> 00:26:04,400 Tambah hutang. 351 00:26:05,000 --> 00:26:08,440 - Tengoklah. Betul cakap saya tadi. - Saya serius, Anne. 352 00:26:09,880 --> 00:26:11,360 Saya rasa habislah kami. 353 00:26:14,840 --> 00:26:16,120 Saya hamil. 354 00:26:17,360 --> 00:26:18,240 Sekali lagi. 355 00:26:22,800 --> 00:26:24,040 Sudah tentu. 356 00:26:25,920 --> 00:26:29,360 Kasihan Lady W dengan suami tak guna dan tujuh anaknya. 357 00:26:36,800 --> 00:26:39,040 Jadi, awak tentu perlukan lagi wang. 358 00:26:39,120 --> 00:26:41,480 Tidak, saya tak sanggup minta. 359 00:26:41,560 --> 00:26:43,360 Tidak, usah berpura-pura lagi. 360 00:26:47,240 --> 00:26:48,240 Nah. 361 00:26:48,960 --> 00:26:49,800 Ambillah. 362 00:27:01,320 --> 00:27:02,440 Saya perlukannya. 363 00:27:05,720 --> 00:27:08,600 Tapi saya lebih memerlukan awak. 364 00:27:11,400 --> 00:27:15,360 Memang dah jadi sifat Anne bilamana keadaan tertekan, 365 00:27:15,440 --> 00:27:16,880 dia akan mengamuk. 366 00:27:16,960 --> 00:27:20,360 Kita fikir dia akan lebih rapat dengan kawannya. 367 00:27:20,440 --> 00:27:22,760 Sebaliknya, dia jauhi mereka. 368 00:27:24,640 --> 00:27:29,000 Sekarang kita boleh rasa yang istana buat Anne sangat tertekan. 369 00:27:29,080 --> 00:27:31,240 Ia berbelah bahagi. 370 00:27:31,320 --> 00:27:33,440 Ada yang sokong Anne. 371 00:27:33,520 --> 00:27:37,080 Yang lain pula mula berminat dengan musuhnya, Jane Seymour. 372 00:27:40,080 --> 00:27:44,000 Nampaknya Jane Seymour menaikkan nafsunya kebelakangan ini. 373 00:27:44,520 --> 00:27:46,400 Malangnya, dia takkan tiduri Henry. 374 00:27:47,240 --> 00:27:49,400 Wanita itu cuba rampas takhta kakak. 375 00:27:51,000 --> 00:27:52,280 Kakak keterlaluan. 376 00:27:53,360 --> 00:27:55,200 Dialah punca kakak keguguran. 377 00:27:55,720 --> 00:27:56,680 Kakak. 378 00:27:57,680 --> 00:28:01,480 Tumpuan raja memang terganggu, tapi kakak tak boleh terikut-ikut. 379 00:28:02,600 --> 00:28:03,680 Apa maksud kamu? 380 00:28:05,240 --> 00:28:06,080 Cromwell. 381 00:28:07,560 --> 00:28:10,520 Banyak duit biara yang diterima selepas pembubaran biara. 382 00:28:11,040 --> 00:28:12,840 - Bagus. Itulah rancangannya. - Ya. 383 00:28:12,920 --> 00:28:15,920 Tapi duit itu masuk poketnya sendiri. 384 00:28:18,600 --> 00:28:20,160 Liciknya dia. 385 00:28:20,240 --> 00:28:21,200 Kakak Anne. 386 00:28:22,400 --> 00:28:26,160 Selepas Henry menjadikan dirinya sebagai ketua gereja, 387 00:28:26,240 --> 00:28:29,320 dia rampas semua harta gereja 388 00:28:29,400 --> 00:28:35,680 dan biara yang juga simbol mazhab Katolik ialah institusi yang sangat kaya. 389 00:28:35,760 --> 00:28:38,960 Perancang perubahan agama ini 390 00:28:39,040 --> 00:28:42,080 ialah orang kanan Henry, Thomas Cromwell. 391 00:28:43,640 --> 00:28:45,520 Apa kamu cuba buat? 392 00:28:46,560 --> 00:28:48,280 Saya cuma ikut perintah raja. 393 00:28:48,360 --> 00:28:51,360 Duit itu sepatutnya digunakan untuk kebaikan, 394 00:28:51,440 --> 00:28:53,480 bukan untuk kesenangan hidup kamu. 395 00:28:53,560 --> 00:28:55,960 Saya ingat kita kawan. 396 00:28:56,040 --> 00:28:57,400 Ratu tak ada kawan. 397 00:28:57,480 --> 00:29:00,840 Ratu ada sekutu atau musuh dan selama ini, kita bersekutu. 398 00:29:00,920 --> 00:29:02,840 Malangnya jika ia perlu berubah. 399 00:29:03,840 --> 00:29:07,680 Kalau saya suruh, Henry pasti jatuhkan hukuman bunuh ke atas kamu. 400 00:29:08,520 --> 00:29:09,800 Baginda dah tahu. 401 00:29:11,520 --> 00:29:13,440 Baginda tak beritahu tuanku? 402 00:29:23,120 --> 00:29:25,000 Kamu takkan terlepas. 403 00:29:27,000 --> 00:29:28,200 Beta takkan biarkan. 404 00:29:31,400 --> 00:29:32,320 Cromwell. 405 00:29:33,440 --> 00:29:36,080 Bedebah licik tak guna. 406 00:29:36,920 --> 00:29:39,920 Saya tak pandai menilai orang. Saya sepatutnya dah menjangkakannya. 407 00:29:43,280 --> 00:29:45,400 Dia selalu ada, 408 00:29:45,480 --> 00:29:48,480 di sisi Henry, sentiasa cuba merenggangkan hubungan kami 409 00:29:49,000 --> 00:29:51,560 dan menghasut suami saya agar membenci saya. 410 00:29:52,120 --> 00:29:53,920 Saya perlu menyedarkan Henry. 411 00:29:56,600 --> 00:29:59,800 Elizabeth, sayang. Ucap helo kepada ayahanda. 412 00:30:00,480 --> 00:30:04,200 Sayang, ayahanda tak tahu kamu nak datang. Mari. 413 00:30:05,520 --> 00:30:06,760 Mari cium ayah. 414 00:30:10,680 --> 00:30:12,880 Jangan biar Cromwell buat begini. 415 00:30:13,880 --> 00:30:17,480 - Dia curi beribu-ribu. - Jangan menyibuk dalam urusan negara. 416 00:30:17,960 --> 00:30:19,840 Saya tak patut membiarkannya. Mari. 417 00:30:19,920 --> 00:30:21,080 "Membiarkannya?" 418 00:30:21,160 --> 00:30:22,960 Siapalah awak tanpa saya. 419 00:30:23,560 --> 00:30:26,200 Awak menghuru-harakan negara dan memecahbelahkan rakyat. 420 00:30:26,280 --> 00:30:29,040 Saya tak pernah selemah ini dan ia kerana awak. 421 00:30:30,160 --> 00:30:33,400 - England perlukan perubahan. - Apa awak tahu tentang keperluan England? 422 00:30:33,480 --> 00:30:35,800 Awak cuma fikir tentang bidaah. 423 00:30:37,480 --> 00:30:39,840 Awak England. Kita England. 424 00:30:39,920 --> 00:30:42,320 Awak tak perlukan anak lelaki, Henry. 425 00:30:42,400 --> 00:30:44,800 Awak ada anak perempuan kita, Elizabeth. 426 00:30:44,880 --> 00:30:46,040 Awak ada waris. 427 00:30:46,760 --> 00:30:48,560 Dialah yang terbaik antara kita berdua. 428 00:30:49,760 --> 00:30:50,960 Jangan merepeklah. 429 00:30:51,800 --> 00:30:53,520 Lelaki saja boleh memerintah England. 430 00:30:54,600 --> 00:30:55,800 Saya perlukan anak lelaki. 431 00:30:57,960 --> 00:30:59,200 Bawa anak itu pergi. 432 00:31:02,360 --> 00:31:03,320 Jangan nakal. 433 00:31:05,080 --> 00:31:06,160 Bonda sayang kamu. 434 00:31:13,720 --> 00:31:15,440 Mungkin jika awak tiduri saya 435 00:31:15,520 --> 00:31:18,320 dan bukannya pikat Jane, kita boleh dapat anak lelaki. 436 00:31:18,400 --> 00:31:20,640 Jane lebih menyenangkan daripada awak. 437 00:31:21,160 --> 00:31:22,680 Awak sangat… 438 00:31:24,040 --> 00:31:25,480 Awak dah berubah. 439 00:31:26,080 --> 00:31:28,440 - Jane faham dirinya. - Saya tak begitu? 440 00:31:28,520 --> 00:31:30,960 Tuhan hukum saya, Anne. Disebabkan awak, 441 00:31:31,040 --> 00:31:33,080 Disebabkan kita dan dosa kita. 442 00:31:33,680 --> 00:31:36,520 Kita mendekatkan rakyat kepada Tuhan daripada sebelum ini! 443 00:31:36,600 --> 00:31:37,760 Cukup! 444 00:31:40,560 --> 00:31:43,880 Awak tak patut janjikan sesuatu yang awak gagal tunaikan. 445 00:31:45,600 --> 00:31:49,120 Bertahun-tahun Henry tergila-gilakan Anne, 446 00:31:49,200 --> 00:31:53,160 tapi Anne gagal melahirkan anak yang dia perlukan 447 00:31:53,240 --> 00:31:57,400 dan sekarang, dia percaya perkahwinan mereka telah dilaknat. 448 00:31:58,920 --> 00:32:02,400 Henry tahu rakyat makin membencinya. 449 00:32:02,480 --> 00:32:05,120 Mereka menentang reformasi agamanya. 450 00:32:05,200 --> 00:32:09,320 Di matanya, hanya seorang saja yang bertanggungjawab. 451 00:32:09,400 --> 00:32:11,240 Isterinya sendiri, Anne. 452 00:32:13,160 --> 00:32:17,520 Sekitar ini juga, Anne mengadakan perbualan aneh 453 00:32:17,600 --> 00:32:21,280 dengan salah seorang kawan terapat raja, Sir Henry Norris. 454 00:32:21,840 --> 00:32:23,280 Tuanku datang Sabtu ini? 455 00:32:23,360 --> 00:32:24,960 Ada lawan tombak dan wain. 456 00:32:25,040 --> 00:32:28,400 - Tidak. Beta benci lawan tombak. - Tapi tuanku suka wain. 457 00:32:28,880 --> 00:32:30,200 Taklah sangat, Norris. 458 00:32:30,800 --> 00:32:32,880 Datanglah, semua orang akan datang. 459 00:32:36,320 --> 00:32:38,440 Patik akan jaga tuanku. Patik janji. 460 00:32:39,160 --> 00:32:41,600 Ramai wanita yang mahukan perhatian kamu. 461 00:32:41,680 --> 00:32:44,160 Tapi hati saya milik tuanku. 462 00:32:44,800 --> 00:32:46,800 Norris, beta isteri orang. 463 00:32:46,880 --> 00:32:49,400 Melainkan sesuatu menimpa raja. 464 00:32:53,640 --> 00:32:55,760 Kata-kata begitu boleh membawa maut. 465 00:32:55,840 --> 00:32:59,480 Seloroh Anne sebenarnya mengancam nyawa 466 00:32:59,560 --> 00:33:01,920 kerana dalam undang-undang, ada tertulis 467 00:33:02,000 --> 00:33:05,760 bahawa kata-kata berkaitan kemangkatan raja dianggap menderhaka. 468 00:33:06,960 --> 00:33:07,800 Tuanku. 469 00:33:10,880 --> 00:33:12,440 Anne langsung tak tahu. 470 00:33:12,520 --> 00:33:17,280 Dia tahu dia gagal mendapatkan waris lelaki, 471 00:33:17,360 --> 00:33:19,000 tapi dia tak tahu situasi sebenar. 472 00:33:19,080 --> 00:33:21,120 Atau siapa yang mengkhianatinya. 473 00:33:21,200 --> 00:33:24,600 Dia fikir sesetengah orang menyebelahinya, tapi dia silap. 474 00:33:24,680 --> 00:33:28,680 Dia seolah-olah bermain catur dan tak kenal lawannya. 475 00:33:30,600 --> 00:33:34,720 1 MEI 1536 476 00:33:39,680 --> 00:33:43,200 - Apa kakak buat di sini? - Kakak cuma nak elak semua orang. 477 00:33:44,240 --> 00:33:47,040 Kakak cuma nak jumpa kamu sebelum acara kamu yang seterusnya. 478 00:33:48,240 --> 00:33:49,960 Baguslah kakak datang. 479 00:33:51,160 --> 00:33:53,880 Kakak nak jumpa Henry semasa acara utama, tapi… 480 00:33:59,680 --> 00:34:01,160 Kakak tak nampak pun dia. 481 00:34:02,200 --> 00:34:03,880 Masalah kakak tentu selesai. 482 00:34:04,440 --> 00:34:07,120 Dia korbankan semuanya untuk mengahwini kakak. 483 00:34:08,840 --> 00:34:10,080 Ya. Betul cakap kamu. 484 00:34:16,840 --> 00:34:17,680 Kakak. 485 00:34:19,640 --> 00:34:21,520 Kakak perlu berdamai dengan Cromwell. 486 00:34:23,360 --> 00:34:24,800 Henry dengar cakapnya. 487 00:34:28,880 --> 00:34:29,840 Ingat. 488 00:34:31,880 --> 00:34:33,080 Kakak Anne Boleyn. 489 00:34:35,000 --> 00:34:37,520 Kakak capai perkara yang orang impikan. 490 00:34:45,800 --> 00:34:47,760 Saya akan lambai dari pentas pemenang. 491 00:34:50,800 --> 00:34:52,040 Semoga Boleyn menang. 492 00:35:21,800 --> 00:35:24,800 Situasinya terlalu teruk dan Anne pun sedar. 493 00:35:24,880 --> 00:35:27,960 Sudah beberapa hari, Henry mengelaknya. 494 00:35:28,040 --> 00:35:33,120 Dia tahu Majlis Privi telah mengadakan mesyuarat tergempar di Greenwich, 495 00:35:33,200 --> 00:35:35,720 tapi dia tak tahu apa yang berlaku. 496 00:35:40,840 --> 00:35:45,160 2 MEI 1536 497 00:35:53,360 --> 00:35:55,880 Raja akan dakwa kamu berzina. 498 00:35:57,880 --> 00:36:00,200 Anne ditahan oleh Majlis Privi. 499 00:36:06,000 --> 00:36:08,360 Apabila dia tiba di Menara London, 500 00:36:09,000 --> 00:36:13,200 dia tak dikurung di bawah tanah, tapi di rumah ratu, 501 00:36:14,400 --> 00:36:17,960 tempat dia bermalam sebelum hari pertabalannya. 502 00:36:18,040 --> 00:36:21,080 Dia ingat malam sebelum kejayaan pertamanya. 503 00:36:21,160 --> 00:36:24,600 Dia bakal menjadi Ratu England. Kini, dia tahanan. 504 00:36:26,360 --> 00:36:27,280 Berzina. 505 00:36:28,560 --> 00:36:30,000 Tak masuk akal langsung. 506 00:36:30,880 --> 00:36:32,160 Saya sayang Henry. 507 00:36:32,240 --> 00:36:33,240 Dia pun tahu. 508 00:36:33,320 --> 00:36:34,680 Semua orang pun tahu. 509 00:36:35,920 --> 00:36:38,160 Dari mana asalnya semua tuduhan ini? 510 00:36:41,040 --> 00:36:42,440 Saya tak tahu. 511 00:36:45,200 --> 00:36:48,480 Saya cuma ditugaskan menjaga awak selama awak di menara. 512 00:36:49,360 --> 00:36:52,040 William Kingston ialah konstabel menara itu. 513 00:36:52,120 --> 00:36:54,200 Dia bertanggungjawab mengawal Anne, 514 00:36:54,280 --> 00:36:59,760 tapi Anne menganggapnya tempat mengadu, hampir sebagai seorang kawan. 515 00:36:59,840 --> 00:37:02,080 Dia sangat terasing pada masa ini 516 00:37:02,160 --> 00:37:04,600 dan dia luahkan perasaan kepada Kingston. 517 00:37:04,680 --> 00:37:06,280 Awak patut berehat. 518 00:37:09,840 --> 00:37:11,440 Selamat malam, tuanku. 519 00:37:12,040 --> 00:37:13,480 Selamat malam, Kingston. 520 00:37:15,160 --> 00:37:16,240 Diam. 521 00:37:17,560 --> 00:37:18,560 Anne Boleyn. 522 00:37:20,480 --> 00:37:24,840 Kamu didakwa melakukan zina, sumbang mahram dan menderhaka. 523 00:37:25,720 --> 00:37:28,320 Kerana membenci perkahwinan kamu kepada raja, 524 00:37:28,400 --> 00:37:32,760 kamu tunduk kepada nafsu sebanyak 20 kali 525 00:37:33,400 --> 00:37:36,040 dan mengadakan hubungan seksual 526 00:37:36,120 --> 00:37:38,240 dengan pembantu raja, 527 00:37:39,520 --> 00:37:40,560 Henry Norris, 528 00:37:42,800 --> 00:37:44,240 Francis Weston, 529 00:37:45,640 --> 00:37:46,800 Mark Smeaton. 530 00:37:49,320 --> 00:37:54,240 Kamu telah menggoda adik kamu sendiri, George Boleyn, 531 00:37:54,320 --> 00:37:55,680 supaya meniduri kamu. 532 00:37:56,760 --> 00:37:58,600 Gila. 533 00:37:58,680 --> 00:38:02,520 Kamu juga berkomplot dengan pasangan kamu untuk membunuh raja 534 00:38:02,600 --> 00:38:04,920 seperti dalam perbualan kamu dengan Henry Norris 535 00:38:05,000 --> 00:38:07,400 pada 29 April tahun ini. 536 00:38:07,480 --> 00:38:10,320 Melainkan sesuatu menimpa raja. 537 00:38:11,600 --> 00:38:12,880 Anne Boleyn. 538 00:38:12,960 --> 00:38:15,880 Apa jawapan kamu terhadap tuduhan ini? 539 00:38:21,400 --> 00:38:22,400 Tidak bersalah, 540 00:38:24,680 --> 00:38:26,680 dan kamu semua pun tahu. 541 00:38:32,840 --> 00:38:34,960 Terima kasih kerana berkongsi pendapat. 542 00:38:36,360 --> 00:38:39,240 Ia banyak membantu. 543 00:38:41,120 --> 00:38:44,840 Sir William Kingston berkhidmat untuk Henry. 544 00:38:44,920 --> 00:38:47,000 Dia setia kepada Henry 545 00:38:47,080 --> 00:38:49,880 dan sebagai pengawal Ratu Anne, 546 00:38:49,960 --> 00:38:52,960 dia juga ditugaskan untuk mengintip 547 00:38:53,040 --> 00:38:57,640 dan merakam apa-apa saja yang berguna untuk perbicaraannya. 548 00:39:01,560 --> 00:39:04,400 Anne tentu berasa sangat bingung. 549 00:39:04,480 --> 00:39:08,000 Daripada digilai raja, 550 00:39:08,080 --> 00:39:10,480 dia dituduh menderhaka. 551 00:39:14,480 --> 00:39:17,520 Kes Anne banyak bergantung pada khabar angin, 552 00:39:17,600 --> 00:39:22,120 dan gosip tentang kecurangannya yang disebarkan oleh pembantunya. 553 00:39:23,960 --> 00:39:27,760 Sebaik saja kuasa Anne mula lemah, 554 00:39:27,840 --> 00:39:34,480 Jane dan wanita lain seperti Jane mudah menyebarkan cercaan mereka. 555 00:39:34,560 --> 00:39:38,480 Lady Worcester sudah agak lama mengumpatnya. 556 00:39:41,320 --> 00:39:43,120 Cromwell rakam semuanya. 557 00:39:43,200 --> 00:39:45,760 Dia mahu menggunakannya untuk mendakwa Anne. 558 00:39:45,840 --> 00:39:47,320 Awas. 559 00:39:47,400 --> 00:39:51,440 Kebenaran tak penting. Mereka cuma tidak mahu Anne berkuasa. 560 00:39:57,920 --> 00:40:01,760 Cromwell peguam paling terkenal dalam kerajaan itu. 561 00:40:01,840 --> 00:40:03,440 Dia pastikan kesnya kukuh. 562 00:40:03,520 --> 00:40:07,360 Menurut undang-undang masa kini, kesnya takkan diterima mahkamah. 563 00:40:07,440 --> 00:40:10,640 Semuanya hanya berasaskan khabar angin, 564 00:40:10,720 --> 00:40:14,680 tapi Cromwell berjaya membinanya menjadi sesuatu yang sangat jahat. 565 00:40:15,600 --> 00:40:16,720 Anne Boleyn. 566 00:40:17,480 --> 00:40:19,040 Pihak juri mendapati kamu… 567 00:40:20,640 --> 00:40:22,280 bersalah. 568 00:40:23,760 --> 00:40:25,200 Kamu dihukum mati 569 00:40:26,200 --> 00:40:28,160 dengan dibakar atau dipenggal kepala 570 00:40:29,240 --> 00:40:30,720 menurut budi bicara raja. 571 00:40:40,400 --> 00:40:45,160 Pada hari-hari terakhirnya, Anne menerima lawatan oleh bekas paderinya 572 00:40:45,240 --> 00:40:47,880 dan Ketua Biskop Canterbury, Thomas Cranmer. 573 00:40:48,480 --> 00:40:51,200 Anne, ini peluang untuk awak bebas. 574 00:40:54,360 --> 00:40:57,080 Saya dah agak Henry takkan biar saya dibunuh. 575 00:40:57,880 --> 00:41:01,000 Jika awak tandatangan, perkahwinan awak akan terbatal. 576 00:41:01,920 --> 00:41:02,760 Terbatal? 577 00:41:04,160 --> 00:41:07,200 Dia antara sekutu kuatnya di istana, 578 00:41:07,280 --> 00:41:12,920 tapi kini dia dihantar untuk memujuk Anne supaya membatalkan perkahwinannya. 579 00:41:13,440 --> 00:41:15,160 Atas dasar apa? 580 00:41:15,240 --> 00:41:16,840 Jangan risau butirannya. 581 00:41:16,920 --> 00:41:18,640 Henry tahu tentang ini? 582 00:41:26,440 --> 00:41:28,400 Apa akan jadi kepada Elizabeth? 583 00:41:31,200 --> 00:41:35,160 Dia akan dianggap anak luar nikah dan takkan mewarisi takhta. 584 00:41:36,200 --> 00:41:37,040 Anne. 585 00:41:37,840 --> 00:41:40,480 Jika awak tandatangan, awak takkan dibunuh 586 00:41:40,560 --> 00:41:42,720 dan boleh tinggal di biara. 587 00:41:42,800 --> 00:41:44,360 Ia talian hayat, Anne. 588 00:41:44,440 --> 00:41:45,880 Tolonglah terima. 589 00:41:48,680 --> 00:41:50,560 Semua ini angkara Cromwell! 590 00:41:52,000 --> 00:41:54,240 Saya perlu bercakap dengan suami saya. 591 00:41:55,400 --> 00:41:57,680 Norris, Brereton, Weston dan Smeaton 592 00:41:57,760 --> 00:42:00,360 didapati bersalah kerana berzina dengan awak. 593 00:42:01,080 --> 00:42:02,880 Mereka akan dihukum esok. 594 00:42:05,840 --> 00:42:06,960 Termasuklah adik awak. 595 00:42:09,160 --> 00:42:10,160 George? 596 00:42:11,480 --> 00:42:12,320 Jadi, 597 00:42:13,640 --> 00:42:15,720 kalau awak enggan menerima nasib yang sama… 598 00:42:49,560 --> 00:42:51,280 Raja telah mengurniakan belas kasihan. 599 00:42:53,320 --> 00:42:57,040 Awak takkan dihukum dengan kapak dan akan dihukum dengan pedang. 600 00:42:59,120 --> 00:43:02,240 Antara unsur paling kejam dalam kejatuhan Anne 601 00:43:02,320 --> 00:43:06,920 ialah janji pengampunan sekiranya dia membatalkan perkahwinannya. 602 00:43:07,560 --> 00:43:09,920 Janji yang telah dimungkiri. 603 00:43:14,640 --> 00:43:20,240 Pada masa itu, ia jelas bahawa Henry sudah mendapatkan algojo 604 00:43:20,320 --> 00:43:23,520 sebelum perbicaraan itu dibuat. 605 00:43:24,600 --> 00:43:28,680 Dia yang mahu Anne mati, 606 00:43:28,760 --> 00:43:30,880 jadi dia rancang semua ini. 607 00:43:30,960 --> 00:43:33,040 Dia mahu Anne dihukum mati 608 00:43:33,120 --> 00:43:36,080 supaya dia dapat mengahwini Jane Seymour. 609 00:43:36,920 --> 00:43:38,400 Saya datang untuk mati. 610 00:43:40,120 --> 00:43:42,440 Saya berdoa semoga Tuhan merahmati raja 611 00:43:43,880 --> 00:43:46,400 dan semoga terus memerintah kamu. 612 00:43:50,120 --> 00:43:54,160 Tiada raja lain yang lembut hati dan mengasihani sepertinya. 613 00:43:57,520 --> 00:44:00,080 Pada saya, dia… 614 00:44:04,880 --> 00:44:07,920 suami yang baik dan penyayang. 615 00:44:10,800 --> 00:44:12,000 Tolong doakan saya. 616 00:44:17,200 --> 00:44:19,680 Anne cuma mahu melindungi anaknya, 617 00:44:20,280 --> 00:44:23,000 dan keluarganya, keluarga Boleyn. 618 00:44:23,080 --> 00:44:25,600 Ayah dan ibunya masih hidup. 619 00:44:25,680 --> 00:44:28,360 Kakak dan anak-anak kakaknya masih hidup. 620 00:44:28,440 --> 00:44:32,560 Dia cuba melindungi keluarga Boleyn hingga ke saat terakhir. 621 00:45:25,120 --> 00:45:28,800 Itu kali pertama kejadian seperti ini berlaku. 622 00:45:28,880 --> 00:45:32,240 Ratu England belum pernah dihukum mati. 623 00:45:32,320 --> 00:45:34,480 Henry buang Anne 624 00:45:34,560 --> 00:45:36,680 kerana Anne tak dapat anak lelaki, 625 00:45:37,200 --> 00:45:41,120 dan kerana akhirnya, Anne bukan wanita yang dia mahukan. 626 00:45:41,200 --> 00:45:43,080 Tapi betapa indahnya takdir 627 00:45:43,720 --> 00:45:48,320 kerana anak Annelah yang bertakhta selepas Henry. 628 00:45:48,400 --> 00:45:52,960 Dia menjadi segala yang Anne impikan. 629 00:45:53,040 --> 00:45:57,440 Semua impian dicapai oleh anak kecilnya. 630 00:46:00,640 --> 00:46:05,640 Elizabeth I menjadi salah seorang pemerintah paling berkuasa 631 00:46:05,720 --> 00:46:07,640 dalam sejarah England 632 00:46:08,160 --> 00:46:12,000 dan di matanya, kita boleh nampak Anne Boleyn. 633 00:46:13,960 --> 00:46:16,040 ANAK ANNE BOLEYN, RATU ELIZABETH I, 634 00:46:16,120 --> 00:46:18,920 MEMERINTAH ENGLAND SELAMA 44 TAHUN DAN TIDAK PERNAH BERKAHWIN. 635 00:46:19,880 --> 00:46:23,160 BAGINDA LANGGAR SEMUA PERATURAN. 636 00:46:53,000 --> 00:46:55,960 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati